Saturday, February 26, 2011

Belacan dan Paku

hallluuu korunk! :)
sihat x di pagi sabtu yg berbahagia ini?(haha ayat xbole bla)
ehm hari ni eyla saje nak share pasal Belacan dan Paku..
sape belacan..sape pulak paku ni??
ok mcm ni...biaq ceq cite na..

"Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan."
"Paku adalah logam keras berujung runcing, umumnya terbuat dari baja, yang digunakan untuk melekatkan dua bahan dengan menembus keduanya."

eh ape kes pulak nak cite pasal 2 mende alah tu..athoyai silap2..haha
ok2 ni betul2 bukan cobaan... 

Apa/Siapa itu B&P?
 "Belacan dan Paku" ialah LAKONAN dua kawan rapat yang suka bercakap dalam bahasa malaysia...dua-dua WATAKnya berasal dari USA dan tinggal di Sarawak/Sabah selama setahun lebih...

ni lagu @ trademark dorunk..

"paku itu tajam tapi belacan sedap dimakan
asal negara orang putih
mereka kacang lupakan kulit
di tanah air mereka sendiri"

Bagaimana B&P belajar BM?
Kami tinggal dekat Sarawak semenjak hujung tahun 2007 hingga tengah tahun 2009. Sepanjang masa itu kami sentiasa bergaul dengan orang. Jadi, kami berupaya untuk belajar BM agar dapat berkomunikasi dengan sebanyak orang mungkin.

B&P tinggal dekat mana di Malaysia dulu?
Belacan: Bintulu; 7 bulan. Kuching; setahun.
Paku: Bintulu; 6 bulan. Kuching; 9 bulan. KK; 3 bulan.

B&P buat apa di Malaysia dulu?
Kami berdua berkerja sebagai sukarelawan gereja. Maksudnya kami membantu ahli2 gereja yang berada di Sarawak dan Sabah.


Ada kah B&P pandai loghat2 lain?

Kami duai nemu jako iban mimit2 meh, laban lama amai kami diau ba Sarawak.

Loghat Sarawak pun boleh ckit2 lah ;)


ni antara video dorunk yg kelako giler masuk air pun ade..hahaha
sgt kagum n respect la dgn dorunk ni..terbaaeek wok! :D

in dis video: ini dia pensel kuntutt!
  

in dis video: tarian 'mat salleh'


in dis video: nenek kurus la..


in dis video: dorunk ni da mcm org melayu da..sopan je adab dorunk tu
tapi yg x bole blah hari raye mkn durian..mwahaha


in dis video: "sakit ke punggung kau jatuh dari syurga?"...."bole bah kalo ko"








Friday, February 25, 2011

Ggggrrrrrrr! Stress, Tension,Pressure +++

GGGGGRRRRRRRR!!! Stress, Tension,Pressure +++
bak kate nazmi raja lawak musim ke-5...DAHSYYAATT!!
memang dahsyat gilewww la...opss! salah2..dahsyat gila...haha
kenapa Stress, Tension,Pressure +++???
nak tau x??(ce cite ce cite)
banyak sgt kot perkara yg buat diriku terus dibuai 'ketensionan' (adeh..abes rosak jadi rojak terus...sabo je la) :P
rase macam nak bako je.."kite bako je..kite bako je" bak kate usop dlm hantu kak limah..
sape setuju sile angkat tangan macam sayeee...(sambil memusingkan tangan macam penari kebudayaan)




mwahahaha..klau ade sesape yg ter'miss' babak ni bole video tengok kat bawah ni.... :D


kalau nak cite psl tension ni memang sampai minggu depan pun x abes..(hoh sampai macam tu sekali ke???adeh..)
ehm xpe la jangan dilayan sgt tension2 sume tu..lebih baik kite chill sambil tengok video2 yang lucu..
at least kurang jugak beban yg dinamakan "berat mata memandang berat lagi bahu memikul"
jom layan video2 lucu raja lawak ni jom...maghi-maghi bak kate si cantik manis Lisa Surihani..
ni bukan maghi menaghi tau..hik hik... ^_^
p/s: just enjoy the show! :)


in dis video: saayyyaaangg! kau tipu tipu aku lagi...dahsyaatt!



in dis video: air yang tenang buaya pun tak sangka dia ada dalam tu..



in dis video: aku berhenti berharap...




in dis video: i don't pee u..








Sunday, February 20, 2011

Success!

"The Road To Success Is Not Straight
There Is A Curve Called Failure
A Loop Called Confusion
Speed Bumps Called Friends
Red Lights Called Enemies
Caution Lights Called Family
But If You Have A
Spare Called Determination
An Engine Called Perseverance
A Driver Called God
You Will Make It To
A Place Called Success!"





Thursday, February 17, 2011

KEHILANGAN

kehilangan..best!
nice song :)





Fobia Cinta

halluu korunk... :)
xtau nak tulis ape kat entri ni
tapi saje je nak share lagu ni..
best banget!!(wah best ke')
Fobia Cinta..ehem ade ka diriku fobia cinta??
opss...teeeettt! haha

1st time dgr kat radio era
pastu byk kali gak r dgr lagu ni
lame2 best la pulak lagu ni
layyaann je..zassz! 
kalau ade yg xtau nashrin ni dr rancangan realiti tv 
MyStarz LG tau..
comey la video clip dia...so sweet ;)
suke suke! ^_^




Pijakan kaki bagai tak terasa

Setiap kali lihat kau tersenyum mesra

Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri


Denyutan jantung aku tergendala

Kerana hati aku berkata-kata

Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Chorus
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta


Kini kau datang tawarkan segala

Bulan dan bintang seluruh angkasa

Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Ulang Chorus

Entah bila

Akan dapat percaya semula

Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

Ulang Chorus
Denyutan jantung aku tergendala



Monday, February 14, 2011

Minat 'Shawl' La Pulak

hai korunk! :)
rase mcm da lame je x update blog ni. ehm busy sikit la sekarang. banyak test minggu ni..pagi tadi pun baru je lepas 1 test robotics..2 more to go for dis week..next week ade 1 lagi..dengan nak buat final project lagi..adeh..ponink2! huh...tapi tetap CHILLAX! :)

haa eyla saje je nak share dengan korunk ni..skunk eyla da mula minat dengan shawl taw! x tau la nape tapi tengok orang pakai shawl nampak gojes banget!so teringin la jugak nak pakai shawl. lagi pun skunk kan tengah trend orang pakai shawl n berlambak- lambak orang jual shawl skunk ni..
eyla ade beli 1 shawl minggu lepas tapi tak pakai-pakai lagi cuz 'inner scarft' lom beli lagi..penat mencari 1 BP ni sume abis.(sabo je la). eyla nak yang jenis cotton plain wane itam..'masuk' dengan sume shawl..

semalam online jup usha-usha shawl kat 'tenet'..eyla tertarik la dengan blog Ayun Ayunar ni..dia punye shawl sume cantik menarik tertarik qo memang da bombb! la orang kate..haha..memang terbaik dari ladang la!chantek sangat3..kat blog tu dia ada promote shawl dia n ade jugak tutorial cara pakai shawl n anak tudung syria tu..kat bawah ni ade beberape contoh cara pakai shawl @ hijab..enjoy it! :)















Ayun Ayunar yang pretty gojes!


Shawl dia sangat2 stylo n 'semart' la!
macam yang ayun selalu cakap..selamat mencuba!
(eyla pun akan cuba soon!nantikan perubahan nye..hehe)   ;)



Thursday, February 10, 2011

Tips Diet Secara Sihat

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, InsyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau "swimming".
Tapi apabila ada orang beritahu tips ini, semua mengamuk. Diorang kata, kalau tips tu, kalau tak tanya pun diorang dah memang sedia maklum.TAPI memang tulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macam mana nak kurus??

But no worries okay..korang boleh amalkan tips diet kat bawah ni..tak lama lagi kurus la tu..InsyaAllah! :)

  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau..Sesekali Tidak Mengapa....

Ingat makan 1 bar je tau bukan bedal 1 paket sampai licin..huhu


p/s: "Renung-renungkan dan Selamat Beramal" :)






Wednesday, February 9, 2011

Tahap Cemburu Orang Lelaki


Jom check it out tahap cemburu korang..opss! ni untuk kaum adam je tau.. :)




Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. 


Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah Lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.




Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya. 


Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu.  Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya. 


Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.


Secara kebetulan Lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat.
(jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini. 


Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya. 


Cemburu Lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.


Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka. 


Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan Lelaki Scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya. 


Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu. 


Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu,  dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.









Tuesday, February 8, 2011

Rahsia Wajah Licin, Bersih dan Cantik Berseri-seri Dato' Siti Nurhaliza


Halluu korang! :) sorry ea da lama x buat new entry..but for this time i wanna share dengan korang semua rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi pujaan hatiku!haha..




Tengok pada dan kulit wajah penyanyi tersohor tanah air kita ni mesti ada di antara korang yang termimpi-mimpi dan paling tak pun berangan-angan untuk memiliki kulit cantik seperti beliau.Mana tak nye idola dan ikon rakyat Malaysia tu!i like Dato' Siti!hahaha. Walaupun sekarang dia da ada produk kecantikan sendiri ("SimplySiti") tapi bagi beliau amalan tradisional itu menjanjikan pengalaman yang luar biasa.(waahh kelas gitu!)
Nak tau tak apa yang Dato' Siti amalkan untuk mendapatkan kulit licin dan halus? Cepat-cepat ambil pen dan kertas,salin jangan tak salin.haha..Firstly, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Kemudian, sapukan pada muka sebelum tidur. Jangan lupa pulak untuk basuh muka keesokan harinya ye. Nanti ada pulak yang terkejut beruk pulak kang!hahaha...




Untuk penjagaan kulit, Dato' Siti gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur. Ianya disapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu bagi memiliki kulit halus dan bersih. Mungkin ada yang tidak perasan kulit kering dan bersisik itu sebenarnya mencacatkan penampilan seseorang. Untuk itu, bagi mengelakkan perkara itu terjadi, Dato' Siti amalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air asam jawa. Selepas itu, disapukan pada tempat kulit yang bersisik. Buat berulang kali dan insya-Allah kulit tidak akan bermasalah lagi.Selamat Mencuba ye korang! ;)



p/s: Dato Siti makin meletop sekarang ni u olss..vougie the vass gitu!haha :D