Monday, March 7, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Korunk da tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa?



Pergh tengok trailer je pun da rasa gempak giler cerita tu apa lagi kalau tengok dalam wayang
Fuhhh! memang superb la..'speechess'... *ceh bajet da tengok je..haha*
Betul, confirm cerita terbitan KRU Studios ni box office la! *insyaAllah*
Ni ceq nak habaq mai sikit cerita di sebalik Hikayat Merong Mahawangsa ni.
Ia merupakan cerita epik Melayu..panjang sikit cerita kat bawah ni, bacalah dengan penuh tekun ea korunk..mwahaha :D

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasasKedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Ringkasan
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.


kalau ada yang tak tengok trailer filem ni lagi boleh check it out kat bawah ni ea. ada 2 version,english n malay :)

Ni official english trailer : Hikayat Merong Mahawangsa



Ni sama je macam yang kat atas tu tapi lebih panjang siki la trailer dia



Yang ni pulak official malay trailer : Hikayat Merong Mahawangsa


Ni lagu tema untuk filem ni..Sedetik Lebih by Anuar Zain


memang terbaik dari ladang kurma la cerita ni..tak sabar nak tengok 10 March 2011,which is Thursday ni..
psstt psstt...ada sesiapa yang nak belanja cik eyla tengok filem ni tak?uhuk3... *saje wat muke x malu.bahahaha*
ok la see ya.. ^_^
sumber: pak cik Google n pakcik You Tube... http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa








2 comments:

  1. Pewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..

    ReplyDelete
  2. Baccarat 101 - Online Games for Real Money
    Baccarat 1xbet korean 101 is a baccarat game that งานออนไลน์ is popular in Las Vegas casinos. You can play online casino games, table games, 바카라 and poker, or spin the wheel.

    ReplyDelete