Saturday, August 27, 2011

Stanza Cinta Mencuri Hatiku

Assalamualaikum
hai korunk! ^_^

setiap hari ahad pukul 9 malam eyla x pernah missed tengok Stanza Cinta depan tv.
pada eyla cerita ni sangat sangat sangat best!
sebab ia penuh dengan mesej dan pengajaran dengan kata-kata nasihat yang puitis yang penuh makna..
walaupun da nak masuk episod yang ke-10 tapi eyla tetap nak cerita jugak sinopsis cerita ni
*peduli apa blog aku suka hati aku la..haha* 
yelah mana tau ada orang yang x suka tengok drama atau tv yang x tau tentang cerita ni kan..
*nak sedapkan hati leteuwww*
ok sebenarnya cerita ni diadaptasi dari novel Stanza Cinta hasil nukilan Nurull Halawati..

novel stanza cinta

dalam drama pulak 3 watak utama yang memainkan peranan penting dalam cerita ni ialah..
Aaron Aziz
Nur Fathia
Fizz Fairuz

ok jom kita baca sinopsis ceghita neh..

Amni Sorfina (Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”


Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”


Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”





Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.  


Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untukAmni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain? 


“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina



ok la daa..

spread love! xoxo.. ^_^








Thursday, August 25, 2011

Lelaki Memang Hampeh!


Assalamualaikum..
halluuu korunk! ^_^
macam mana puasa setakat hari ni,ok x?
eyla ok je..
masih bertahan..hehe
ok kita straight to the point je la ea..
ehm eyla nak share sikit dengan korunk ni
eyla x suka la bila ada lelaki yang konon2 ikhlas sukakan seseorang girl tu, sayangkan girl tu n sanggup tunggu jawapan girl tu sama ada sudi atau x nak terima dia as a boyfriend la..
1st day kenal da siap mintak couple neh..
pergh x bole blah tu ayat2 manis dia semua keluar..
kalah gula pasir, gula2 kapas, cadbury choclairs, cadbury chocolate..
 memang semanis kurma betul la
sampai kurma pun kalah dengan ayat manis dia tu
segala janji dan jaminan semua dia bagi la
siap kata ada warranty legiteuwww *haha pinjam ayat cik epal*
kononnya la...
propa x hengat!
konon ikhlas n sanggup tunggu jawapan girl tu..
tup tup angin xde ribut xde
da in relationship with minah lain da
wah gembiranya hidup
akhirnya dapat menikmati saat bahagia la kononnya..
huhu *tangan kat bahu mata ke atas* :P
memang hampeh giler la wa cakap lu lelaki yang macam tu
tarak guna punya olang
macam ke**ng..
pariyappaa!

lelaki hampeh!


mujur la girl tu x termakan dengan ayat2 manis si mamat pariyappa tu
selamat..
ye la kau ingat girl tu bodoh ke apa 1st day da nak terus terima kau as a boyfriend dia..
terus nak percaya dengan ayat2 manis kau tu..
kena pertimbangkan sembilan puloh sembilan kali sebelum nak terima 'offer' kau tu
HARUSLAH!
ala lagi pun orang kata kumbang bukan seekor
banyak lagi lelaki baik kat luar sana tu yang menanti girl tu..
*wah ada ke? insyaAllah...* :)


PATIENCE is not about how long one can wait, but how well one behaves while waiting
tapi kalau da macam ni la perangainya sementara menunggu tu..
memang x la..
Hi Hi..Bye Bye je la kat kau..
memang layak jadi "buayafriend" je..hoho

hopefully kita semua x jadi mangsa ayat2 manis "mamat hampeh yang konon2 ikhlas" neh!
girls, take care of yourself carefully yeah! ;)  

ok la setakat ni je yang eyla nak share dengan korunk semua..
daaa...

spread love! xoxo.. ^_^


p/s: sorry la pada lelaki2 yang bukan berperangai macam tu.eyla tau dalam setandan pisang x semuanya busuk.tapi eyla just cakap secara random je.saja nak share something yang boleh buat girls kat luar sana tu lebih berhati-hati in future..cuz sharing is caring! ;)








Monday, August 22, 2011

Cinta Dari Hati


Assalamualaikum..
hai korunk! ^_^
entri kali ni eyla nak cakap pasal 

"Cinta Dari Hati"

orang selalu kata cinta takkan datang kalau tak dicari
tapi pada pendapat eyla cinta tu akan hadir dengan sendiri tanpa perlu dikejar dan dicari
bila tiba masa dan waktunya
tiada siapa akan dapat halang hadirnya cinta bila ia sudah ditentukan oleh-Nya
cinta yang dari mata turun ke hati
cinta yang mampu buat seseorang tak keruan dan berdebar-debar *dup dap dup dap*
demi cinta sang kekasih sanggup berkorban dan berbuat apa sahaja demi pasangan yang tercinta
meskipun hingga mengorbankan nyawa, jiwa dan raga
*mak aih lebih la tu sampai korban nyawa bagai..haha*
tapi apa-apa pun haruslah di ingat bahawa
Cinta kepada Allah adalah puncak cinta. Lembahnya adalah cinta sesama insan.
dan ingatlah
kasih yang suci tiada noktahnya
tapi erti CINTA yang sebenarnya adalah...

erti cinta sebenar..


HARUSLAH!
*trade mark yana samsudin*

ok la sampai sini je dulu kay
bubye..

spread love..xoxo <3







Saturday, August 20, 2011

Silence of love


Assalamualaikum..
hai korunk!
long time no see.. :)
miss u uolss la! hehe
ehm eyla saja je nak share video ni..

Silence of love..


tacing woo tengok video ni..huk2

hampir gugur mutiara di kelopak mata.. T_T

let's watch together-gether....





"There are no perfect fathers
But a father will always love perfectly
Remember to care for those who care for you"
^_^




spread love..xoxo ;)