Wednesday, May 18, 2011

Teringat Maknanya Rindu

Assalammualaikum..
hello korunk! ^_^
sihat x ari ni?
eyla sihat cume selesema sikit je..
ari ni ari rabu n ari ni eyla kene masak nasi, goreng ikan n masak sayur..
lauk selebih nye mama beli je kat kantin sekolah..
cuz mama ade mesyuarat ari ni baleq lambat..
tengah hari tadi da pegi amek lauk2 tu kat skola mama..
pastu baleq rumah eyla pun start proses masak memasak..
*ceh macam banyak je masak memasaknye tu*
lepas je siap masak sume n hidangkan atas meja, eyla pun rehat..
*huh macam penat sangat je kan*
tibe2 je eyla teringatkan arwah nenek yg ktorunk panggil dengan name 'tok jah'..
dulu tok jah rajin sangat masak..
awal2 pagi lagi dia da bangun siapkan sarapan pagi untuk ktorunk..
macam2 ada..
kadang2 nasi lemak, nasi goreng, pisang goreng, mee goreng, kuey teow goreng, mee hoon goreng cucur udang n cucur ikan bilis, jemput2 pisang, karipap n macam2 lagi..

siap ade milo panas lagi untuk ktorunk..
kadang2 teh tarik kadang2 kopi..
tok jah memang sangat baik n rajin menyediakan santapan yg 'lazat banget' untuk ktorunk sume..
setiap kali baleq kampung, perut ktorunk memang sentiase penuh dengan makanan..
bile pikir2 baleq rase rindu pulak mase zaman kanak2 dulu..
nak tau x..
mase kicik2 dulu, eyla comel sangat2 tau..
chubby giler..haahaa
*ape x nye asyik makan je x benti2*
tapi sekarang da slim sikit la
*ceh slim ker??* :P
ade la sikit turun nye..
tapi sekarang kene jage2..
selera makan tengah memuncak giler2 ni..
asyik nak mengunyah je mulut ni.
pulak tu macam2 ngidam nye..
*mengalahkan orang mengandung dua ratos tujoh puloh tujoh hari ++ lagi tu* ;)
ari tu da dapat coklat cadbury..
mama belikan.. *thanks mama* :)
mee sedaap pun da makan da..
*tah ape pulak lagi yang di idamkan lepas ni agaknye*
athoyai..parah diet kalau selalu macam ni.. 
ehm..bile da teringat kat arwah tok jah..
terus teringat kat arwah atok2 n nenek2 yang lain..*auto*
arwah tok taib, tok mak n tok bak..
siyes rindu sangat2 dengan dorunk sume..


arwah tok taib sangat prihatin orangnye..
dia la yg selalu bising2 kat tok jah pasal makanan ktorunk sume..
dia selalu pastikan makanan ktorunk cukup n perut ktorunk sentiase terisi..
cuz dia kate bile perut da kenyang, suke hati..
macam2 kerja yg boleh kite buat lepas tu.. :)
eyla ingat lagi setiap kali baleq kampung, mase sume orang da siap2 nak baleq rumah semula..
tok jah n tok taib mesti bagi eyla n adik2 yg lain duit..
dorunk kate buat beli jajan..
pergh ape lagi seronok giler la ktorunk..
mane x nye dapat duit sampingan untuk beli jajan..
budak2 dulu kan suke sangat makan jajan..
sume duit abis ke jajan je la.. :P

arwah tok mak n tok bak ni sebelah mama..
ingat lagi mase raye dulu..
makanan penuh terhidang kat atas meja..macam2 ada.. *macam astro*


bile time bagi duit raye tu yang syiok giler
ktorunk adeq beradeq masing2 ter tanye2 berape la agak2 nye duit yang ktorunk dapat tahun ni..
 setiap kali nak bagi duit raya, dorunk mesti tanye..
"puase cukup x ni? kalau x cukup x bole raye tau"
hahaha kelako giler tapi seronok sangat time tu..
dorunk slalu cakap..
"belajar rajen2 biar jadi orang yg berguna nanti"
mama pun pernah cakap kat ktorunk..
dulu arwah tok bak n tok mak ade pesan kat mama..
"bak dengan mak xde harta pusaka yg banyak nak bagi kat anak2..cume ade 1 harta yg paling berharga yg ditinggalkan untuk kamu sume iaitu 'ILMU'.."


terharu sangat2 :(
eyla rindukan zaman kicik2 dulu..
banyak sangat kenangan manis yg x dapat dilupekan..
teringat makne nye rindu... <3 <3 <3
tapi ape yg bole diberikan sekarang ni
hanyalah kiriman doa, al-fatihah dan yasin untuk dorunk sume..
AL- FATIHAH...









Sunday, May 15, 2011

16 Mei: Selamat Hari Guru

 "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
jyeah itulah tema sambutan hari guru untuk tahun ini..
kita selalu dengar ayat yang berbunyi:
"guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi anak didiknya"
betapa besar jasa dan pengorbanan guru kepada kita semua.
daripada tadika hinggalah ke menara gading, gurulah yang mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya dengan cemerlangnya pada masa akan datang.
mereka mendidik kita tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah hanya kerana ingin melihat anak didiknya berjaya menjadi seorang pemimpin, doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.
kerana mereka percaya kitalah yang bakal menjadi pelapis dan tunggak negara suatu masa nanti..
Hari Guru dirai buat pertama kali pada 1972.

Tanda pengiktirafan terhadap jasa dan peranan mereka yang bergelar guru.

Sekaligus menjadikan tanggal 16 Mei tarikh cukup bermakna kepada semua termasuk yang bergelar anak murid.

Yang pasti, dalam tempoh 40 tahun sambutannya, pelbagai transformasi berkaitan pendidikan dan keguruan telah dilalui.

Dari Laporan Razak yang dijadikan Dasar Pendidikan Negara pada 1956 hinggalah ke Program Transformasi Pendidikan Negara menerusi NKRA, menyaksikan aliran transformasi dalam melahirkan insan berkualiti menerusi sistem pendidikan.

Dari aspek kurikulum hinggalah pengubalan sesuatu dasar.

Dan selaras tema sambutan tahun ini, "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" berkait rapat dengan tugas guru yang dilihat semakin mencabar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran: "Penting sekali dalam soal ini ialah supaya tenaga guru di mana-mana saja mereka berada memahami tentang konsep transformasi yang telah pun dilancarkan oleh kerajaan untuk membawa satu perubahan yang lebih besar kepada negara kita. Untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam tahun 2020."

Dengan kata lain, di bahu hampir 408 ribu guru di seluruh negara itu juga sebenarnya, selaku ejen perubahan dalam pendidikan negara.

Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran: "Tuntutan atau jangkaan daripada ibu bapa atau masyarakat ialah tinggi kepada guru. Itu mungkin satu cabaran pada kami kaum guru."

Bagi yang pernah bergelar warga pendidik, usaha transformasi bidang itu tidak mustahil untuk direalisasikan.

Keyakinan itu bersandarkan dasar dan pengisian kurikulum yang berterusan ditambah baik.

Datin Che Nin Mustafa, Bekas Guru: "Daripada input dia orang sebagai guru pelatih, latihan dia orang dapat, dah lengkap untuk mengadap cabaran yang ada skarang kerana sekarang ni ada macam-macam, komputernya, videonya, televisyennya dgn buku-buku yang ada di kedai. Tak nampak mengapa, apa yg dicita-cita oleh kerajaan ni tak boleh dipenuhi oleh guru-guru kita, sebagai guru penjana transformasi pendidikan negara, memang boleh."

Namun, ada cabaran lain yang menanti.

Datin Che Nin Mustafa, Bekas Guru: "Cikgu-cikgu sekarang ni mesti lebih mengisikan minda mereka dengan ilmu-ilmu yang patut dia orang mesti ada sebagai seorang pendidik. Kalau tidak, kalau menghadap budak-budak yang telah maju macam ni, maka kita terpaksa bersiap-sedia melebihi daripada anak murid kita."
guru, jasa dan pengorbananmu akan dikenang hingga ke akhir hayat..
selamat hari guru, cikgu/pensyarah/pendidik.. ^_^




jom layan video miming cikgu shida sempena hari guru..

~just enjoy the show~ 





Hi Bloggers!

halluuu bloggers! :)
lame giler x menaip kat sini..
da bersawang n bersarang blog ku ini..
ishk3 tengok tu banyaknye spider merayap ke sana sini.. ;)
ehm sebenarnye xde idea nak menulis ni..
jam pun da menunjukkan pukul tiga pagi..
da memang mase untuk berada di 'alam mimpi yang sempurna' da pun..
tapi x reti2 nak tido..huhu
saje je nak update blog yang da lame giler terabai ni..
tapi siyes x tau nak tulis ape..
ehm xpe la lain kali je la kite cite2 ea.. 
just wanna say hi to all of u :)
i'm here with new background..haha lol~
daa..have a nice day everybody! 
~much love~  ^_^