Monday, September 5, 2011

Buat Semangat Yang Kian Pudar


Assalamualaikum
hai korunk! :)
eyla tertarik la dengan surat dari Taufiq Imran untuk Amni Sorfina
dalam cerita Stanza Cinta ni..
ia memberikan makna yang sangat mendalam buat mereka yang kian pudar semangatnya
dan membuatkan kita kembali pada fitrah dan berfikir sejenak akan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya
*back to the basic*
jom baca & hayati surat ini... ^_^
.................................................................................................


Assalamualaikum saudari…..
Saya minta maaf jika pemberian saya ini membuat saudari rasa tidak selesa. Ketika melihat saudari menangis di bilik Dr. Ikram . . . saya juga merasakan kesedihan tersebut! Kerana saya pernah mengalami apa yang dirasakan saudari. Jika saudari kehilangan seorang sahabat, saya pula baru kehilangan seorang ayah yang sangat saya cintai.
Ayah saya menghembuskan nafas terakhirnya di atas riba saya. Saya terkejut. Saya tidak percaya ayah tiba-tiba pergi begitu saja. Saya tidak sempat untuk berbicara apa-apa padanya. Saya juga menangis kerana saya tidak bersedia untuk menghadapi kehilangannya.
Ketika ayah saya pergi, terasa seluruh kekuatan dan semangat saya dibawa pergi bersama jenazahnya. Saya tidak dapat menerima pemergiannya yang mengejut. Sikit waktu pun saya tak diberipeluang untuk bersedia menghadapi pemergiannya. Dada saya terasa begitu sempit untuk bernafas. Saya menangis kekecewaan.
Namun, saya sedar kembali, kematian bukan untuk ditangisi. Walau kehidupan kami sekeluarga masih memerlukan ayah, namun kami semua tidak lemah meskipun ayah telah tiada. Semangatnya masih tetap utuh dalam hati sanubari kami.
Ayah saya pernah berpesan, hidup kita semua ibarat daun. Jika tidak gugur hari ini . . . pasti akan gugur juga pada hari yang lain.
Ketika saya melihat saudari menangis kerana kehilangan seorang sahabat, Saya dapat mengerti rasa sakit dan sedihnya. Tetapi saya ingin saudari sedar, supaya nafsu ini jangan terlalu dimanjakan. Jangan biarkannya larut dalam kesedihan yang berpanjangan. Kerana keadaan itu boleh menjauhkan kita daripada Allah.
Andai semua orang yang saudari sayangi di dunia fana ini meninggalkan saudari , ingatlah…. cinta Allah masih lagi terus ada. Cinta-Nya yang tidak pernah berkurang, malah semakin bertambah walaupun telah direbut oleh hamba-hamba- Nya yang lain.
Akhir kata….sapulah dukamu…. urapilah jiwamu dengan cintaNya…Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu.”
Salam Perjuangan,
Taufiq Imran




spread love..
Love, Eyla..xoxo :P






No comments:

Post a Comment