Tuesday, March 8, 2011

Lelaki Jambu Vs Lelaki Macho

Halluu korunk! :)
untuk entri kali ni I nak cakap pasal lelaki jambu. lelaki jambu? apa itu lelaki jambu? adakah lelaki yang suka makan jambu?? owh no no no no..*haha giler gediks*


Orang kata Lelaki Jambu ni..
emmm… boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang-kadang agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!


Kim Hyun Joong salah seorang mat jambu dalam drama Boys Over Flowers

Dafi yang sentiasa 'cute'

ouch memang betul-betul jambu la kim bum ni.
tengok la tu siap pegang lollipop n rose lagi tu! ;)

dak aliff aziz yang dari Singapore ni pun jambu jugak

Kadang-kadang tu pelik jugak asal nampak lelaki tu 'putih-putih, gebu-gebu, smart-smart, handsome-handsome'..orang selalu kata "dia tu muka jambu" kenapa lelaki yang 'gelap-gelap,smart-smart, handsome-handsome' orang tak cakap pun dia tu jambu..adakah jambu tu untuk lelaki yang  'putih-putih, gebu-gebu' je kulitnya? *maybe la kot* tapi kadang-kadang suka jugak tengok lelaki jambu ni sebab mereka ni comel sangat-sangat.macam yang eyla cakap kat atas tadi.. "jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!"


Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘lelaki ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki-lelaki gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.


Ok kita bercakap pasal Lelaki Macho pulak. Wah! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasti menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan. Orang kata lelaki macho ni biasanya 'player' a.k.a playboy sejati. Tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan!


Nak tanyalah kat lelaki-lelaki macho dekat luar sana tu kenapa asal muka handsome sikit je mesti nak pasang 2,3,4,5,6,7,8,9,10 and so on 'awek'?? keliling pinggang kot. mesti tak pernah cukup n puas dengan 1. bukan kah nombor 1 tu lebih baik dari nombor yang banyak bilangannya.ok contohnya masa kita kecik-kecik dulu parents kita mesti mengharapkan kita dapat nombor 1 dalam kelas kan. lagi,bila ada tournament ke mesti semua team yang bertanding bertungkus lumus untuk merebut gelaran juara iaitu nombor 1! tapi bila bab-bab 'awek' ni semua nak lebih dari 1.tau la awak tu ada paras rupa yang macho,janganlah nak mempermainkan perasaan perempuan lain. perasaan perempuan lain 1 hal, macam mana dengan perasaan 'awek ' sendiri. kalau dia dapat tau dah tak pasal-pasal Perang Dunia Ke-3 meletus dengan tiba-tiba. *mwahaha*


Brad Pitt (player jugak lelaki macho ni)

si macho farid kamil ni pun tak kurang hebatnya

macho nya si ashraf muslim ni! :)

Kamal Adli..nampak macam player jugak kot

si macho lagi tough..aaron aziz


Mungkin tak semua lelaki macho ni 'player' ada jugak yang baik & setia tapi tak banyak pun. majoriti lelaki macho semuanya sama..'playboy' dan ada 'spare part'. susah nak cari lelaki macho yang setia ni kalau ada pun 'one in a million'  *sorry ea lelaki-lelaki macho kat luar sana tu* :D


Lebih berminat pada 'lelaki rileks' sebab dia ‘cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu-buru sebaliknya dia akan berfikir panjang sebelum bertindak!


si kacak stylo awal ashaari

si kacak bergaya fahrin ahmad..cool je orangnya!

bagai lelaki lindungan kaabah..ustaz amirul a.k.a si kacak ashraf muslim

'Lelaki sejati' turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang erlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis-gadis di luar sana.


Remy Ishak yang semakin meletop sekarang ni cuz lakonannya yang cukup berkesan & mantop!


sumber: pak cik Google. kalau korunk nak baca lebih lanjut pasal lelaki, boleh klik link ni.. ciri-ciri lelaki dari A- Z

p/s: gambar-gambar kat atas hanyalah ilustrasi semata-mata,tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati *wah ayat anda amat tak boleh blah ea di situ.huhu*








No comments:

Post a Comment