Sunday, May 15, 2011

16 Mei: Selamat Hari Guru

 "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
jyeah itulah tema sambutan hari guru untuk tahun ini..
kita selalu dengar ayat yang berbunyi:
"guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi anak didiknya"
betapa besar jasa dan pengorbanan guru kepada kita semua.
daripada tadika hinggalah ke menara gading, gurulah yang mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna dan berjaya dengan cemerlangnya pada masa akan datang.
mereka mendidik kita tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah hanya kerana ingin melihat anak didiknya berjaya menjadi seorang pemimpin, doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.
kerana mereka percaya kitalah yang bakal menjadi pelapis dan tunggak negara suatu masa nanti..
Hari Guru dirai buat pertama kali pada 1972.

Tanda pengiktirafan terhadap jasa dan peranan mereka yang bergelar guru.

Sekaligus menjadikan tanggal 16 Mei tarikh cukup bermakna kepada semua termasuk yang bergelar anak murid.

Yang pasti, dalam tempoh 40 tahun sambutannya, pelbagai transformasi berkaitan pendidikan dan keguruan telah dilalui.

Dari Laporan Razak yang dijadikan Dasar Pendidikan Negara pada 1956 hinggalah ke Program Transformasi Pendidikan Negara menerusi NKRA, menyaksikan aliran transformasi dalam melahirkan insan berkualiti menerusi sistem pendidikan.

Dari aspek kurikulum hinggalah pengubalan sesuatu dasar.

Dan selaras tema sambutan tahun ini, "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" berkait rapat dengan tugas guru yang dilihat semakin mencabar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran: "Penting sekali dalam soal ini ialah supaya tenaga guru di mana-mana saja mereka berada memahami tentang konsep transformasi yang telah pun dilancarkan oleh kerajaan untuk membawa satu perubahan yang lebih besar kepada negara kita. Untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam tahun 2020."

Dengan kata lain, di bahu hampir 408 ribu guru di seluruh negara itu juga sebenarnya, selaku ejen perubahan dalam pendidikan negara.

Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran: "Tuntutan atau jangkaan daripada ibu bapa atau masyarakat ialah tinggi kepada guru. Itu mungkin satu cabaran pada kami kaum guru."

Bagi yang pernah bergelar warga pendidik, usaha transformasi bidang itu tidak mustahil untuk direalisasikan.

Keyakinan itu bersandarkan dasar dan pengisian kurikulum yang berterusan ditambah baik.

Datin Che Nin Mustafa, Bekas Guru: "Daripada input dia orang sebagai guru pelatih, latihan dia orang dapat, dah lengkap untuk mengadap cabaran yang ada skarang kerana sekarang ni ada macam-macam, komputernya, videonya, televisyennya dgn buku-buku yang ada di kedai. Tak nampak mengapa, apa yg dicita-cita oleh kerajaan ni tak boleh dipenuhi oleh guru-guru kita, sebagai guru penjana transformasi pendidikan negara, memang boleh."

Namun, ada cabaran lain yang menanti.

Datin Che Nin Mustafa, Bekas Guru: "Cikgu-cikgu sekarang ni mesti lebih mengisikan minda mereka dengan ilmu-ilmu yang patut dia orang mesti ada sebagai seorang pendidik. Kalau tidak, kalau menghadap budak-budak yang telah maju macam ni, maka kita terpaksa bersiap-sedia melebihi daripada anak murid kita."
guru, jasa dan pengorbananmu akan dikenang hingga ke akhir hayat..
selamat hari guru, cikgu/pensyarah/pendidik.. ^_^




jom layan video miming cikgu shida sempena hari guru..

~just enjoy the show~ 





No comments:

Post a Comment